Saturday, October 23, 2010

Solat, Ubat Mujarab Pengusir Kesedihan

  Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 153:

... Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan  (kepada Allah) dengan sabar dan solat...

                                      Apabila  ketakutan  meliputi anda , kesedihan  menghimpit anda dan kerisauan  mencekik anda , maka  bersegeralah  anda mendirikan solat, nescaya  jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang ! Sesungguhnya  solat itu atas izin Allah boleh menjaga  anda dengan menghilangkan kesedihan  dan kerisauan  yang menghimpit anda selama ini.

 Ketika Rasulullah SAW dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabbah RA:
Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat (Al-Hadis).

Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah SAW.
Saya telah banyak membaca sejarah hidup beberapa orang tokoh kita. Dan umumnya, apabila saat mereka  dihimpit  dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka  segera memohon  pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khusyuk. Begitulah cara mereka  mencari jalan keluar sehinggalah kekuatan, semangat dan tekad hidup mereka pun pulih kembali.

                Solat Khauf  dilaksanakan pada saat - saat genting, yakni saat kematian terjadi di mana-mana dan banyak nyawa melayang akibat peperangan. Apabila keadaan semakin memburuk, maka solat akan memeperbaikinya. Ini merupakan isyarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyuk.

                Setiap generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit jiwa saat ini, hendaklah sering mengunjungi  masjid dan mencecahkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredaan daripada Illahi. Dengan melakukan sedemikian , nescaya dia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya mungkin  akan membakar kelopak matanya  dan kesedihan  akan menghancurkan urat sarafnya. Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati selain dengan mendirikan solat.

Salah satu daripada nikmat Allah yang paling  besar jika kita tidak mahu berfikir ialah perlaksanaan solat wajib lima waktu dalam sehari semalam, yang merupakan sebagai penghapus dosa-dosa dan pengangkat darjat kita di sisi Tuhan. Di samping itu, solat lima waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan pelbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapapun, solat mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan iman ke dalam relung hati, sehingga hati reda dengan apa jua ketentuan Allah.

                      Ada pun mereka menjauhi masjid  dan meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari kesusahan yang satu ke kesusahan yang lain, dari goncangan jiwa yang satu ke satu goncangan jiwa yang lain dan dari kesengsaraan yang satu ke sengsaraan yang lain.

...Maka kecelakaan bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka... (Muhammad: 8) 

No comments:

Post a Comment